

Gusi Berdarah
Pendarahan gusi adalah salah satu tanda penting keradangan gusi. Punca paling kerap pendarahan gusi ialah kebersihan mulut yang tidak memuaskan, yang mana berkaitan rapat dengan penyakit periodontal. Setakat ini, penyakit periodontal yang paling kerap berlaku ialah gingivitis dan periodontitis. Punca utama : Pembentukan plak bakteria setiap hari pada garis gusi dan kawasan celahan gigi, yang biasanya disebabkan oleh kebersihan mulut yang tidak memuaskan. Kehadiran plak bakter


PENYAKIT GUSI BAGI IBU MENGANDUNG
Sewaktu mengandung.proses fisiologi badan seseorang wanita akan berubah. Apabila mengandung, perubahan paras hormon estrogen dan progesteron meningkat. Peningkatan paras hormon-hormon ini mengakibatkan kesihatan gusi terjejas di mana pengumpulan plak (sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gusi dan gigi akibat daripada tidak memberus gigi dengan berkesan) menyebabkan keradangan gusi (gingivitis). Jika tidak dirawat, penyakit ini akan menjadi peringkat yang lebih serius


KARIES AWAL KANAK-KANAK
Apakah karies awal kanak-kanak ? Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur. Faktor yang menyumbang kepada penyakit ini : Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi Kurang/tidak memberus gigi Teknik memberus gigi yang tidak berkesanmenanggalkan plak


Gigi Sensitif
PENGENALAN Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi. Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin. . Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif. Rasa ngilu atau sakit dirasakan apabila lapisan dalam gigi iaitu lapisan dent