top of page

Jauhi 'FAKE BRACES'!

Updated: Jan 14


A poster showing an example of how dangerous a 'fake braces' can be.

'Fake braces' ialah pendakap gigi atau braces gigi palsu yang dipasang oleh pengamal yang tidak bertauliah. Rupanya adalah seperti braces gigi yang sebenar tetapi tidak berfungsi seperti braces.


Braces adalah salah satu aplian tetap ortodontik yang dipasang oleh pakar ortodontik. Ia dipasang untuk mengerakkan gigi yang tidak teratur sehingga gigi tersusun secara cantik. Rawatan ortodontik selalunya mengambil tempoh masa yang tertentu. Pemeriksaan gigi secara berkala dan teliti adalah perlu sepanjang rawatan ortodontik.


'Fake braces' menjadi suatu trend khususnya dalam golongan remaja kerana ianya dipandang sebagai satu fesyen. Pemasangan 'fake braces' boleh mendatangkan pelbagai keburukan seperti kerosakan pada gigi, masalah gusi dan juga risiko tertelan bracket braces.


Kenapa 'fake braces' bahaya?


  • Gigi boleh terhakis akibat kesan gam daripada braces 'palsu'

  • Masalah gusi akibat penjagaan gigi yang tidak betul

  • Pergerakan gigi yang agresif dan gigi boleh goyang

  • Gigi boleh tertanggal dari gusi




7 views0 comments
bottom of page