top of page

Kencing Manis dan Gigi : Apa Kaitannya?

Diabetes, atau lebih dikenali sebagai kencing manis dalam masyarakat Malaysia, adalah satu penyakit kronik yang mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada badan termasuklah mata, saraf, buah pinggang, jantung dan juga gigi secara tidak langsung.



Kencing manis secara tidak langsungnya boleh menyebabkan kesan yang negatif ke seluruh badan termasuklah gigi dan mulut. Antaranya ialah penyakit gusi, mulut berasa kering

Antara masalah kesihatan mulut yang dialami penghidap kencing manis adalah penyakit atau keradangan gusi.


Plak gigi secara umumnya adalah penyebab utama kepada penyakit gusi. Gusi menjadi radang akibat pengumpulan plak yang terdiri daripada campuran makanan, air liur dan juga kuman di dalam mulut. Tabiat pembersihan gigi yang kurang memuaskan menyebabkan plak dibiarkan di celah-celah gigi dan gusi.


Penyakit gusi juga mudah terjadi apabila diabetes tidak terkawal. Penghidap kencing manis yang tidak mengambil ubat atau melakukan perubahan gaya hidup seperti yang dinasihatkan oleh doktor perubatan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit gusi.


Diabetes secara umumnya menurunkan ketahanan (imuniti) badan dan menjadikan penghidap kencing manis berisiko tinggi untuk menghidap penyakit gusi.

Penghidap kencing manis yang tidak terkawal juga berisiko untuk mengalami keadaan berikut:


  • Mulut kering

  • Karies gigi atau gigi berlubang

  • Kehilangan gigi akibat keradangan gusi yang berterusan

  • Risiko tinggi untuk jangkitan kulat dalam mulut berlaku

  • Gangguan deria rasa

7 views0 comments
bottom of page