Sakit Gigi

Biasanya gigi sakit kerana terdapat bahagian gigi yang terdedah kepada udara, makanan, minuman dan juga bakteria. Ini termasuk lubang pada gigi yang disebabkan oleh caries, tampalan atau gigi yang retak, tampalan atau gigi yang pecah, bahagian leher gigi yang terdedah kerana gusi yang telah menurun, bahagian leher gigi yang terhakis akibat berusan gigi yang terlalu kuat dengan menggunakan berus keras dan juga bahagian akar gigi yang tidak dilitupi tulang akibat penyakit tulang dan gusi.