top of page

Testimoni: Pengalaman Cabut Gigi Geraham

Masa aku darjah 6, ada la doctor gigi datang sekolah, kemain takut, siap menangis tak nak kena cabut/tampal. tapi nak buat macam mana. kena hadap juga. Masa darjah 6 tu umur aku 12 tahun, gigi geraham aku kiri dan kanan (bahagian bawah). sakitnye YA ALLAH!! serius lah.. buat aku fobia.. mimpi ngeri aku bermula kembali apabila aku berumur 24 tahun, aku tengah jalan-jalan dekat time square, waktu tu aku praktikal. masa jalan-jalan tu aku makan dentyne. kunyah punya kunyah tetiba dentyne tu tertarik penampal gigi geraham aku tu. yang warna hitam tu. terus berlubang gigi aku. lepas pada tu. setiap kali aku makan, kena kunyah pelan2. guna gigi belah kanan je. kalau aku tergigit belah kiri. Ya Allah.. sakitnya... bergegar kepala otak. dari tahun 2011 sampai Feb 2015 aku simpan gigi berlubang tu. dari hari ke hari keadaan gigi tu makin teruk. penah juga aku pegi jumpa doc gigi swasta,dan doc cakap gigi tu dah tak boleh tampal dah sebab lubang dah besar, kena cabut. aku dengar perkataan cabut tu.. hadoii... separuh nyawa dah. last2 aku cancel temujanji aku nak cabut gigi hampir 4 tahun aku simpan gigi berlubang tu, macam2 penyakit aku dapat. antaranya, gusi bengkak, sampai pipi pun bengkak. kalau bab sakit gigi tak payah cakap lah, hampir setiap bulan menanggung derita sakit gigi. aku selalu telan ubat hurix yang kaler hijau tu, ataupun selalu kumur air garam. keluarga, suami dan kawan2 semua suruh aku pegi cabut. aku tak nak! aku takut! aku seram. pada tanggal 25 feb, aku sakit gigi balik, selalunya kalau sakit, aku makan ubat, dalam tempoh 1,2 hari dah hilang dah sakit tu, tapi kali ni sampai 3,4 hari tak hilang2 lagi. sampaikan tak boleh tido malam. lepas tu aku nekad nak cabut. memandangkan aku ni penakut maka aku suruh la encik suami teman aku. kami ni duduk asing, sorang dekat kuala lipis, sorang dekat KL. jadi hari khamis 26hb Feb suami aku cuti, aku minta dia datang KL. 27hb Feb, mimpi ngeri aku akan berakhir. tarikh keramat di mana aku akan cabut gigi. sebelum cabut gigi tu.. aku kemain lagi google klinik swasta mana yang terbaik dan bagus, dan kemain lagi aku google apa yang perlu di buat sebelum dan selepas cabut gigi. kemana sahaja aku pegi, aku jumpa dengan sesiapa sahaja aku akan tanya pada mereka pengalaman mereka cabut gigi, macam-macam pengalaman aku dengar. ada yang cakap sakit macam nak mati.. ada yang cakap masa bius sakit.. ada yang cakap masa lepas habis bius tu sakit dia Ya Allah, rasa nak lempang muka. aku buat persediaan ke tahap maximum. jumaat 27hb Feb, aku ambik halfday, 1230 aku pick up suami aku kat ceria hotel, bukit bintang (nanti akan ku buat entry khas untuk hotel ni). terus aku gerak pegi klinik yang aku pilih, sebelum tu.,. aku bantai dulu nasi ayam + ayam tambah. sebab apa yang aku baca, lepas kita cabut gigi, kita akan makan bubur je.. sebab sakit. so aku makan kenyang2 dulu. aku pilih KLINIK PERGIGIAN ROHAYA, ada 2 cawangan sentul dan damansara, memandangkan lepas cabut gigi aku terus nak balik jengka jadi aku pilih sentul. sampai kat klinik jam 2.30 petang. sampai je kat sana, orang yang jaga kaunter tu sambut kami dengan mesra, klinik ni nampak rilex, masa aku datang, ada sorang tengah pasang gigi palsu, masa tu aku dah dup dap dup dap dup dap dah. macam2 doa aku baca. suami rilex je layan movie kat TV. hadehh.. bila nama aku dipanggil, aku ajak suami masuk sekali. (macam nak beranak dah). aku baring kat kerusi tu. waktu doc india perempuan. doc tu tak friendly sangat, mujur ada nurse tu. dia baik. aku cakap kat nurse tu aku takut.. dia cakap.. rilex je. tak sakit.. doc pun check la gigi aku.. dia korek sana.. dia ketuk2 gigi aku. hadehh... ngilu.. waktu dia cucuk bius tu, kali pertama dekat bahagian gusi lembut. tak sakit. rasa macam kena gigit semut. kali kedua, kat gusi keras, aku menjerit sikit, pastu nangis.. hadehh... malu kat orang haih... boleh pulak aku nangis. sebab aku terkejut+sakit. mata suami dah merah juga. lepas kena bius. dia biarkan aku dalam 2,3 minit untuk kasi kebas. bila dah kebas separuh muka. bila dah kebas, dia ketuk2 lagi gigi aku.sebab dia nak pastikan aku dah tak rasa apa. bila dah ready, dia ambik playar, dia cuba tarik, kali pertama tak lepas. aku jerit juga. sebab rasa ngilu, pastu doc Rohaya kebetulan ada, dia suruh nurse sorang lagi bagi semangat kat aku. datang lah nurse tu borak2 dengan aku. lepas tu dalam masa 1 minit doc tu terus tarik gigi aku.. taraaaaaaaaaaaaa.... dah tertanggal.. darah kemain banyak.. aku pun continue nangis.. hahahaha.. cengen betul. lepas siap.. encik suami bayar. dapat ubat. lepas tu doc Rohaya bergurau dengan aku "suruh hubby belanja makan aiskrim lepas ni" pelik aku.. tak kan sakit2 nak makan aiskrim. tapi tak sakit pun. sebab ada bius lagi. aku pun gerak balik jengka. dalam kereta tak sakit, sebab masih ada bius, dalam kereta tu aku duk fikir la.. macam mana la kalau bius dah habis nanti. sakit macam mana la. aku ada baca petua, lepas cabut gigi minum air mineral sejuk. sebab nak bagi luka cabut tu kecut. 3,4 botol aku suh suami beli. dalam kereta call mak pesan siap2 suruh masak bubur. 2 jam 30 minit perjalanan KL-JENGKA, sampai je rumah, bius dah hilang. tapi pelik aku tak rasa sakit apa2. dalam kereta tadi aku dah makan ubat antibiotik dan tahan sakit. padahal dah mention kat situ. ubat tahan sakit makan bila perlu. lepas hilang bius. aku tak rasa sakit langsung, siap boleh makan nasi 4 pinggan + kari ayam. gila kebulur.. padahal sebelum tu dah bedal nasi ayam. jadi kawan2 yang cakap lepas hilang bius sakit nak mampos tu semuanya dusta belaka. hahahaha...

gambar pertama selepas gigi hilang darah banyak kebas separuh muka...

RM100 boleh claim dengan company

ini la penjenayah utama ya Allah.. lega sangat lepas cabut

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Instagram - Black Circle
bottom of page