August 29, 2020

August 19, 2020

June 6, 2020

May 16, 2020

May 16, 2020

April 30, 2020

Please reload

Recent Posts

KPR Sentul Kini Berwajah Baru!!!

March 5, 2018

1/9
Please reload

Featured Posts

Gigi Sensitif

October 9, 2019

PENGENALAN

 

Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi. Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin. . Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk contohnya, cabang saraf di

dalam gigi akan distimulasikan dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif.

 

Rasa ngilu atau sakit dirasakan apabila lapisan dalam gigi iaitu lapisan dentin atau gusi yang menyusut terdedah kepada:

  • Pengambilan makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.

  • Memberus gigi.

  • Bernafas melalui mulut

 

FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN GIGI SENSITIF :

 

  1. Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi. Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi.

  2. Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyusutan struktur tulang dan gusi seterusnya menyebabkan pendedahan akar gigi.

  3. Pendedahan lapisan dentin yang disebabkan oleh kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif.

  4. Mengetap dan mengasah gigi boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin

  5. Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam, serta minuman bergas yang boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.

  6. Gigi berlubang yang tidak dirawat

  7. Tampalan lama pada gigi yang telah retak atau renggang.

  8. Pembedahan gusi yang mendedahkan akar gigi.

  9. Proses pemutihan gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif.

 

Contoh hakisan gigi

 

Penyakit gusi

 

RAWATAN UNTUK GIGI SENSITIF :

 

  1. Gunakan ubat gigi yang khusus untu gigi sensitif

  2. Berjumpa doktor gigi anda. Rawatan yang diberikan bergantung kepada punca gigi sensitif

 

 

 

info :myhealth.gov.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Please reload

Follow Us
Search By Tags