top of page

KARIES AWAL KANAK-KANAK

Apakah karies awal kanak-kanak ?

Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.

Faktor yang menyumbang kepada penyakit ini :

  1. Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi

  2. Kurang/tidak memberus gigi

  3. Teknik memberus gigi yang tidak berkesanmenanggalkan plak

Faktor lain yang boleh meningkatkan risiko mendapat kerosakan gigi :

  • Menyusu botol yang mengandungi sukrosa

  • Transmisi bakteria daripada ibu kepada anak melalui air liur (Cth: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan)

  • Kebersihan mulut ibu yang teruk

  • Pengambilan ubat yang mengandungi gula

Langkah yang boleh diambil untuk mencegah penyakit ini :

  • Pengambilan diet yang mengandungi gula rendah

  • Penggunaan ubat gigi berfluorida

  • Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari

  • Ibu/bapa/penjaga perlu membantu kanak-kanak memberus gigi.

  • Keluarkan botol susu dari mulut sebaik sahaja habis menyusu botol

  • Berhenti menyusu menggunakan botol (umur 1-3 tahun) dan diganti dengan cawan

  • Menggunakan ubat ‘bebas gula’ sekiranya perlu makan ubat berbentuk cecair

  • Minum air masak/berkumur selepas ambil ubat cecair yang mengandungi gula

  • Menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan

Rawatan kerosakan gigi :

  • Rawatan fluorida topikal

  • Rawatan pengapan fisur

  • Rawatan tampalan

  • Rawatan korona keluli nirkarat

  • Rawatan pulpa

  • Rawatan cabutan

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Instagram - Black Circle
bottom of page