August 29, 2020

August 19, 2020

June 6, 2020

May 16, 2020

May 16, 2020

April 30, 2020

Please reload

Recent Posts

KPR Sentul Kini Berwajah Baru!!!

March 5, 2018

1/9
Please reload

Featured Posts

PENYAKIT GUSI BAGI IBU MENGANDUNG

October 23, 2019

Sewaktu mengandung.proses fisiologi badan seseorang wanita akan berubah. Apabila mengandung, perubahan paras hormon estrogen dan progesteron meningkat. Peningkatan paras hormon-hormon ini mengakibatkan kesihatan gusi terjejas di mana pengumpulan plak (sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gusi dan gigi akibat daripada tidak memberus gigi dengan berkesan) menyebabkan keradangan gusi (gingivitis). Jika tidak dirawat, penyakit ini akan menjadi peringkat yang lebih serius iaitu periodontitis.

 

Gingivitis

Gingivitis merupakan penyakit gusi berbalik bermakna apabila rawatan dilakukan, keadaan gusi kembali normal.

Punca : plak gigi

Tanda : 1) gusi berdarah ketika memberus gigi

              2) gusi membengkak 

              3) warna gusi kemerah-merahan tanda keradangan.

Keadaan ini menjadi lebih serius jika wanita mengandung membiarkannya tanpa rawatan.

 

Periodontitis

 

Periodontitis  mengakibatkan  kehilangan tulang yang menyokong gigi dan merupakan proses yang tidak berbalik. 

Tanda : 1) gigi kelihatan panjang

              2) gusi menyurut

              3) gigi menjadi jarang

              4) bau mulut

              5) gigi ngilu (sensitive) 

              6) gigi menjadi semakin longgar.

 

 

Pregnancy Epulis

 

Wanita mengandung juga terdedah mengalami keradangan gusi yang lebih serius iaitu epulis (ketumbuhan) gusi ketika mengandung (pregnancy epulis). Ia berkait rapat dengan tahap kebersihan mulut yang tidak memuaskan di mana terdapatnya mendapan karang dan plak yang banyak di bawah gusi. Epulis ini tidaklah berbahaya seperti penyakit barah kerana ianya bersifat benign (bukan kanser).Biasanya bengkak ini akan mengecil sesudah melahirkan anak.

Tanda : 1) Kebengkakan pada permukaan gusi dan bersaiz besar (boleh mencecah                                  sehingga 1 cm jika dibiarkan tanpa rawatan).

              2) Ianya mudah berdarah dengan banyak terutama ketika memberus gigi.

 

 

 

 

Rawatan 

 

Trimester pertama :  

Wanita mengandung dinasihati untuk berjumpa doktor gigi bagi memeriksa status kesihatan mulut.

 

Trimester kedua :

Rawatan-rawatan seperti penskaleran (rawatan membuang karang dan plak) dan pendebridmen akar (rawatan membuang karang di permukaan akar di bawah gusi) boleh dilakukan.

 

Trimester ketiga :

Hanya rawatan kecemasan sahaja (contohnya seperti kesakitan gigi atau gusi bernanah) yang  dilakukan.

 

Bagi Pregnancy Epulis :

Pembedahan akan dilakukan jika bengkak semakin membesar dan mengganggu pengunyahan atau mengalami kesukaran ketika memberus gigi.

 

 

Kesimpulan

 

Wanita mengandung tidak boleh mengambil mudah dengan kesihatan mulut. Mereka perlulah menjalani pemeriksaan yang berkala bagi mengelakkan sebarang masalah pergigian daripada terjadi ketika mengandung.

Please reload

Follow Us
Search By Tags