Gusi Berdarah
Pendarahan gusi adalah salah satu tanda penting keradangan gusi. Punca paling kerap pendarahan gusi ialah kebersihan mulut yang tidak memuaskan, yang mana berkaitan rapat dengan penyakit periodontal. Setakat ini, penyakit periodontal yang paling kerap berlaku ialah gingivitis dan periodontitis.
Punca utama : Pembentukan plak bakteria setiap hari pada garis gusi dan kawasan celahan gigi, yang biasanya disebabkan oleh kebersihan mulut yang tidak memuaskan.
Kehadiran plak bakteria serta produk-produk keradaganan yang di hasilkannya akan merangsang sistem pertahanan badan semulajadi yang mensasarkan kawasan yang telah dijangkiti. Kesan daripadanya, peningkatan bekalan darah ke kawasan tersebut sering berlaku, dan ini sering dikaitkan dengan tanda-tanda dan gejala-gejala keradangan termasuklah gusi yang mudah berdarah, kemerahan dan bengkak gusi.

Faktor-faktor pemerangkap plak juga boleh bertindak sebagai faktor risiko kepada pendarahan gusi, kerana ia boleh mengubah suai atau mempengaruhi kepada penyakit gusi yang berpunca daripada plak
Antaranya ialah :
1) Gigi berlapis
2) Kaviti (lubang) pada gigi
3) Gigi palsu yang tidak padan dengan sempurna
4) Kecacatan gusi seperti penyusutan gusi
5) Tampalan seperti tepian tergantung atau tepian di bawah gusi
6) Alat- alat pergigian seperti pendakap gigi, splin, gigi palsu
7) Faktor anatomi gigi contoh lurah palatal, pencabangan akar