Alat pelindung gigi
Alat pelindung gigi ialah suatu alat yang diperbuat daripada plastik. Ianya digunakan untuk melindungi diri daripada kecederaan gigi atau atrisi (kehausan) gigi.


Siapa yang perlu menggunakan alat pelindung gigi?
Alat pelindung gigi boleh digunakan apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang mana ada kemungkinan terlanggar dengan rakan sepasukan atau alat permainan. Contohnya, bola sepak, tinju, hoki, kriket dan sebagainya. Alat pelindung gigi boleh digunakan oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak yang aktif bersukan.
Alat pelindung gigi juga digunakan jikalau ada masalah gigi berlaga semasa tidur. Alat sebegini biasanya akan di buat khas untuk orang yang mengalami masalah tersebut. Ini supaya giginya tidak haus disebabkan masalah kancing gigi (juga dikenali sebagai bruxism
Cara penjagaan alat pelindung gigi
Alat pelindung gigi perlu dibilas dengan air setiap kali sebelum dan selepas digunakan.
Ia boleh dibersihkan menggunakan air dan sabun atau ubat gigi dan di bilas sebelum disimpan
Seeloknya, simpan alat pelindung gigi dalam bekas tertutup yang berlubang supaya ianya disimpan kering.
Selalu periksa permukaan alat pelindung gigi anda untuk pastikan ianya tidak haus / berlubang.
Anda boleh membawa alat pelindung anda semasa pemeriksaan gigi intuk diperiksa oleh doktor gigi anda.