top of page

Penjagaan Di Rumah Selepas Prosedur Pembedahan Oral

Penjagaan pesakit merupakan aspek penting di dalam pembedahan mulut. Prosedur seperti cabutan gigi, pembedahan pembuangan gigi terimpak, pembedahan pergigian preprostetik, dan implan pergigian selalunya dianggap sebagai pembedahan kecil oral, manakala kes kecederaan maksilofasial, ortognatik, pembedahan kecacatan kongenital, dan patologi merupakan contoh kes major.

Penjagaan kebersihan mulut dan arahan penjagaan kesihatan selepas pembedahan boleh mengurangkan kadar komplikasi dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Antara prosedur yang melibatkan pembedahan mulut.

Di antara kesan-kesan yang dialami oleh pesakit selepas pembedahan ialah :

1) Sakit dan ketidakselesaan

2) Bengkak

3) Pendarahan

4) Kesukaran untuk bertutur, makan dan menelan

5) Kesukaran membuka mulut dengan luas

Tip penjagaan di rumah bagi pesakit yang menjalani pembedahan mulut :

1) Ubat

2) Kebersihan mulut

Pesakit perlu memastikan kebersihan mulut berada dalam keadaan baik sepanjang proses penyembuhan berlaku. Mulut yang kotor boleh mengundang jangkitan kuman kepada kawasan yang baru menjalani pembedahan dan boleh menjejaskan proses penyembuhan. Pembersihan rongga mulut boleh dilakukan dengan cara memberus gigi seperti biasa. Elakkan terkena kawasan yang baru dibedah. Penggunaan cecair kumuran dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Memberus gigi dan penggunaan flos boleh dilakukan seperti biasa pada hari kedua selepas pembedahan.

3) Sajian makanan

Makanan keras perlu dielakkan pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan. Diet cecair berkalori tinggi dalam kuantiti yang mencukupi amat sesuai diamalkan pada hari pertama selepas pembedahan. Makanan yang sejuk dan lembut contohnya aiskrim dapat membantu memudahkan proses pengunyahan dan penelanan.

4) Aktiviti harian

Pesakit mesti berehat dan mengelakkan dari melakukan aktiviti berat selepas pembedahan. Dua hari rehat yang mencukupi di rumah dapat mengembalikan kekuatan fizikal dan mental sebelum dapat meneruskan aktiviti rutin harian

5) Merokok

Merokok dilarang sama sekali kerana boleh mengganggu proses penyembuhan.

6) Lawatan dan temu janji berikut

Temu janji untuk pemeriksaan seterusnya akan diberikan bagi membolehkan perawat memeriksa dan menilai kesihatan pesakit secara keseluruhan.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Instagram - Black Circle
bottom of page