Penjagaan Gigi Palsu
Selamat Pagi
Sepertimana gigi asli, gigi palsu juga harus dijaga kebersihannya dengan teliti. Ini adalah untuk mengelakkan pengumpulan plak berbakteria pada gigi palsu yang seterusnya boleh menyebabkan penyakit oral seperti denture stomatitis (radang mukosa mulut) dan jangkitan kulat Candida, serta mengekalkan kesihatan gigi asli jika masih ada.
Gigi palsu yang tidak dijaga boleh berubah warna dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan sekiranya dibiarkan berpanjangan. Adalah penting untuk anda berjumpa dengan doktor gigi anda setiap tahun untuk pemeriksaan walaupun anda sudah tiada gigi asli. Doktor gigi bukanlah hanya memeriksa gigi tetapi juga bahagian mulut yang lain seperti pipi, gusi dan lidah untuk mengesan penyakit berkaitan dengan pemakaian gigi palsu.
Untuk sebarang pertanyan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian
(Kota Damansara)
016-2166 863
016-2166 864
Mon-Sat 9:00am - 10:00pm
Sun - 9:00am -5:00pm
(Sentul Raya)
Mon-Sat - 9:30am-9:30pm
Sun - 9:30am - 2:00pm
016-2166 861
016-2166862
