top of page

Aplians Tetap

Fixed Appliances /Aplians Tetap adalah salah satu jenis braces / pendakap gigi. Ia adalah pendakap gigi yang paling popular pada masa ini. Hal ini demikian kerana pergerakan gigi dapat dilakukan dengan lebih efektif dengan pendakap ini dan pesakit juga menggemarinya.


Aplians tetap disyorkan bila


  • Banyak gigi perlu digerakkan serentak

  • Pelbagai jenis pergerakan perlu dilakukan (tipping,torqueing,intrusion,extrusion)

  • Gigi pada kedua-dua rahang atas dan bawah memerlukan rawatan

  • Keseluruhan gigi (akar dan korona gigi) perlu digerakkan (bodily movement)


Aplians Tetap perlu dipasang dalam kes-kes rawatan yang lebih rumit yang melibatkan pergerakan kebanyakan gigi pada kedua-dua rahang.


Pesakit yang memenuhi syarat-syarat berikut akan disyorkan rawatan dengan Aplians Tetap:


  • Ada indikasi untuk Aplians Tetap seperti yang tertera di atas

  • Mempunyai higin/kebersihan mulut yang baik

  • Boleh dan sanggup mengikut arahan doktor (bermotivasi positif)


Pada umumnya jangka masa rawatan dengan Aplians Tetap adalah lebih kurang dua (2) tahun. Walau bagaimanapun, rawatan bagi kes yang mudah mungkin mengambil masa yang lebih singkat manakala kes yang rumit mungkin mengambil masa yang lebih lama.


Untuk sebarang pertanyan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian

(Kota Damansara)

016-2166 863

016-2166 864

Mon-Sat 9:00am - 10:00pm

Sun - 9:00am -5:00pm

(Sentul Raya)

Mon-Sat - 9:30am-9:30pm

Sun - 9:30am - 2:00pm

016-2166 861

016-2166862




Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Instagram - Black Circle
bottom of page