Gigi Palsu Fleksibel
Selamat pagi dan Assalamualaikum
Gigi palsu fleksibel ialah gigi palsu yang diperbuat daripada bahan yang melentur (flexible) iaitu sejenis bahan plastik yang dinamakan nylon. Ia adalah sejenis gigi palsu yang popular di dalam pembuatan gigi palsu separuh buat masa kini.
Gigi palsu fleksibel lebih ringan, kuat dan tahan lama. Saiznya yang lebih nipis dan lebih melentur dari gigi palsu akrilik atau Cobalt Chromium membuatkan ia lebih terasa semula jadi dan mudah diterima oleh pesakit. Warnanya yang seakan warna gusi membuatkannya serasi dengan warna tisu mulut dan tidak nampak ketara bahawa seseorang itu sedang memakai gigi palsu.
Gigi palsu fleksibel ini juga tidak memerlukan dawai besi atau kerangka besi untuk pelekatan pada gigi. Ia dapat melekap disekeliling gigi kerana cirinya yang mudah lentur. Tidak seperti gigi palsu akrilik, jika jatuh ia mudah patah tetapi gigi palsu fleksibel ini tidak mudah patah.
Ia juga tidak mengandungi bahan kimia yang terdapat di dalam gigi palsu akrilik/Kobalt Kromium dan bersifat hypo-allergenik, justeru itu boleh menjadi alternatif kepada pesakit yang alergik pada akrilik atau besi.
Gigi palsu fleksibel disokong sepenuhnya oleh tisu lembut, iaitu gusi. Ini boleh menyebabkan gusi melecet dan boleh menyebabkan penurunan paras gusi di sekeliling gigi.
Satu lagi kelemahan gigi palsu fleksibel ialah ianya tidak boleh dibuat proses pelapikan semula.Jika gigi palsu lama telah menjadi longgar disebabkan oleh penyusutan tulang dan gusi, maka ianya perlu dibuat semula. Jadi ini memerlukan tambahan kos dan masa kepada pesakit.
Syarikat pembuatan bahan pergigian nylon, seperti Valplast (Valplast International Corporation, Amerika Syarikat), mengesyorkan penggunaannya untuk pembuatan gigi palsu separuh.
Gigi palsu penuhmemerlukan satu tahap ketegaran di dalam mulut. Sifat mudah melentur gigi palsu fleksibel mungkin tidak sesuai untuk gigi palsu penuh. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan di mana gigi palsu yang fleksibel mungkin sesuai untuk aplikasi gigi palsu penuh, termasuk pesakit yang alah kepada gigi palsu akrilik, pesakit dengan gigi palsu akrilik yang mudah pecah dan pesakit yang tidak boleh memakai gigi palsu penuh yang tegar kerana bentuk mulut mereka.
Ia juga berguna dalam pengurusan pesakit yang mengalami bukaan mulut sangat terhad disebabkan oleh keadaan seperti penyakit microstomia, scleroderma dan juga untuk pemulihan semula selepas pembedahan akibat kanser.
Untuk sebarang pertanyan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian (Kota Damansara) 016-2166 863 016-2166 864 Mon-Sat 9:00am - 10:00pm Sun - 9:00am -5:00pm (Sentul Raya) Mon-Sat - 9:30am-9:30pm Sun - 9:30am - 2:00pm 016-2166 861 016-2166862