top of page

Kenali Risiko Karies Gigi Anda

  1. Tidak memberus gigi sebelum tidur malam. Ketika tidur, gigi akan lebih mudah terdedah kepada serangan asid disebabkan aliran air liur yang berperanan dalam membaiki gigi yang rosak menjadi lebih perlahan. Ini bermakna, jika terdapat gula atau asid di dalam mulut, ianya akan lebih membahayakan gigi. Oleh itu, pastikan anda memberus gigi sebelum tidur.

  2. Mengambil makanan atau minuman yang manis, terutamanya makanan yang melekit di antara waktu makan meningkatkan lagi risiko karies gigi.

  3. Pengambilan fluorida yang tidak mencukupi. Fluorida merupakan sebatian bahan kimia yang melindungi gigi daripada karies. Fluorida boleh wujud secara semulajadi melalui air di bawah tanah serta makanan seperti teh dan ikan. Ianya juga boleh didapati dalam bekalan air awam, ubat gigi dan kumuran mulut yang telah ditambah dengan fluorida. Memberus gigi setiap hari dengan ubat gigi berfluorida boleh membantu mencegah kejadian karies gigi.

  4. Tidur dengan botol susu. Jika kanak-kanak dibiarkan tidur dengan keadaan botol susu masih lagi di dalam mulut, cecair (sama ada susu, jus buah-buahan atau minuman lain) akan bersentuhan dengan permukaan gigi untuk suatu tempoh masa yang lama. Gula yang terdapat dalam cecair ini akan bertindakbalas dengan bakteria untuk menghasilkan asid dan menyebabkan kerosakan gigi menjadi lebih cepat.

  5. Menggunakan puting yang dicelup manisan. Penggunaan puting adalah tidak digalakkan. Meletakkan madu atau sirap pada puting akan memburukkan lagi keadaan kerana kandungan gulanya akan bertindak balas dengan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi.

  6. Aliran air liur yang berkurangan. Air liur amat penting kerana ia membantu untuk membersihkan karbohidrat yang melekit dalam mulut dan juga bertindak sebagai agen penampan (buffer) yang dapat meneutralkan asid yang terhasil oleh tindakan bakteria setiap kali kita makan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah masalah perubatan, kemoterapi (rawatan penyakit barah) dan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat anti-hipertensi (tekanan darah tinggi), boleh menyebabkan pengeluaran air liur berkurangan. Keadaan sebegini akan meningkatkan lagi risiko karies gigi anda.



 

Untuk sebarang pertanyan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian (Kota Damansara) 016-2166 863

016-2166 864 Mon-Sat 9:00am - 10:00pm Sun - 9:00am -5:00pm (Sentul Raya) Mon-Sat - 9:30am-9:30pm Sun - 9:30am - 2:00pm 016-2166 861 016-2166862

0 People reached 0 Engagements Boost Post

Like Comment Share

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Instagram - Black Circle
bottom of page