KESIHATAN PERGIGIAN
Selamat pagi dan Assalamualaikum
Soalan :
Saya seorang remaja lelaki berumur 22 tahun dan mempunyai masalah gigi yang jarang sehingga menjejaskan penampilan saya. Perlukah saya memakai pendakap gigi atau ada kaedah lain?
Jawapan :
Rawatan ortodontik untuk gigi jarang bergantung kepada diagnosis yang menyebabkan gigi itu jarang. Gigi jarang mungkin disebabkan oleh perkara – perkara berikut:
-Saiz gigi kecil berbanding dengan rahang gigi
-Gigi dicabut atau memang semula jadi tiada terbentuk
-Penyakit periodontal/gusi
-Posisi tisu lembut yang terlalu rendah menyebabkan terdapat ruang di antara gigi hadapan.
Pendakap gigi boleh digunakan untuk merawat kes – kes (1) dan (2) sahaja. Kes – kes periodontal perlu dirawat oleh Pakar Periodontik terlebih dahulu sebelum dirujuk ke Pakar Ortodontik untuk rawatan pendakap gigi. Kes (4) perlu dirawat oleh Pakar Pediatrik/Pakar Bedah Mulut dahulu.
Cara yang terbaik untuk anda adalah dengan pergi ke klinik pergigian untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat yang bersesuaian dengan masalah anda. Sekian, terima kasih.
Untuk sebarang pertanyan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian (Kota Damansara) 016-2166 863 016-2166 864 Mon-Sat 9:00am - 10:00pm Sun - 9:00am -5:00pm (Sentul Raya) Mon-Sat - 9:30am-9:30pm Sun - 9:30am - 2:00pm 016-2166 861 016-2166862