Kesihatan Pergigian Ketika Mengandung
Selamat pagi dan Assalamualaikum
Kesihatan pergigian yang sempurna ketika mengandung adalah penting untuk memastikan ibu dan anak dalam kandungan sihat. Walau bagaimanapun, perubahan hormon dan cara pemakanan ketika mengandung boleh meningkatkan risiko kepada penyakit pergigian.
Bagaimana Mengandung Boleh Mempengaruhi Kesihatan Pergigian Anda?
Perubahan hormon semasa mengandung boleh meningkatkan risiko penyakit gusi melalui penggalakan pembiakan bakteria jika mulut tidak bersih.
Alahan semasa mengandung (seperti mabuk, muntah-muntah dan pening) menyukarkan proses memberus dan memflos gigi. Ini memberi risiko kepada penyakit pergigian terutama penyakit gusi dan gigi berlubang.
Persekitaran asidik (dari muntah dll ) melarutkan lapisan luar gigi dan meningkatkan risiko gigi berlubang.
Perubahan tabiat pemakanan seperti mengidam makanan-makanan manis dan asam ketika mengandung juga meningkatkan risiko gigi berlubang.
Langkah-Langkah Penjagaan Kesihatan Pergigian Ketika Mengandung
1.Pemeriksaan pergigian
Jaga kebersihan mulut
Pilih makanan yang sihat
Untuk sebarang pertanyan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian (Kota Damansara) 016-2166 863 016-2166 864 Mon-Sat 9:00am - 10:00pm Sun - 9:00am -5:00pm (Sentul Raya) Mon-Sat - 9:30am-9:30pm Sun - 9:30am - 2:00pm 016-2166 861 016-2166862