top of page

Produk Penjagaan Kesihatan Mulut: Ubat Kumur

Selamat pagi


Ubat kumur adalah cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut. Ubat kumur biasanya disyorkan oleh doktor gigi atau doktor untuk tujuan tertentu. Ubat kumur boleh didapati di hospital, farmasi atau pasaraya.


Ubat kumur biasanya disyorkan atas sebab:

1. Mengawal jangkitan bakteria atau kulat dalam mulut 2. Sebagai tambahan kepada pemberusan gigi 3. Menggantikan pemberusan gigi selepas pembedahan mulut atau tisu trauma 4. Untuk kesan sementara kesegaran mulut dan mengurangkan bau mulut 5. Mengurangkan sakit dan kekeringan tisu mulut 6. Membantu penyembuhan tisu mulut


Ubat kumur mempunyai tindakan dan kesan yang berbeza bergantung pada bahan aktif yang terkandung di dalamnya. Di bawah ini disenaraikan contoh-contoh:

1. Ubat kumur anti-plak mengandungi agen anti-plak (contoh: Chlorhexidine Gluconate, Cetylpyridinium Chloride) 2 .Ubat kumur anti-karies mengandungi fluorida 3. Ubat kumur anti-sensitif mengandungi agen penyahpekaan (contoh: arginine, potassium nitrate) 4. Ubat kumur mengurangkan sakit mengandungi anti-radang dan agen mengurangkan kesakitan ( contoh: benzydamine hydrochloride) 5. Ubat kumur bertujuan melegakan dan mengurangkan kekeringan tisu mulut mengandungi perlindungan berasaskan enzim, biasanya diberi untuk pesakit yang mengalami keradangan tisu mulut selepas rawatan kanser 6. Sesetengah ubat kumur mengandungi hyaluronan membantu mempercepatkan penyembuhan luka tisu mulut


Penggunaan ubat kumur yang betul di bawah nasihat profesional pergigian adalah penting untuk mengelak komplikasi atau ketidaksesuaian penggunaannya.

source: http://www.myhealth.gov.my/produk-penjagaan-kesihatan.../


Untuk sebarang pertanyan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian (Kota Damansara) 016-2166 863 016-2166 864 Mon-Sat 9:00am - 10:00pm Sun - 9:00am -5:00pm (Sentul Raya) Mon-Sat - 9:30am-9:30pm Sun - 9:30am - 2:00pm 016-2166 861 016-2166862



Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Instagram - Black Circle
bottom of page