Punca Gigi Tercabut dan Cara Rawatan
Assalamualaikum dan selamat pagi
Pernahkah anda mengalami atau menyaksikan suatu situasi dimana gigi anda atau gigi anak kecil anda tercabut daripada soketnya selepas terjatuh ke atas permukaan yang keras?
Gigi tercabut atau avulsion adalah salah satu situasi yang boleh terjadi akibat trauma yang melibatkan bahagian muka. Masih ramai yang tidak tahu bahawa gigi kekal yang tercabut daripada soketnya masih boleh diselamatkan. Ia boleh ditanam semula jika langkah yang betul diambil segera.
Gigi yang tercabut daripada soket boleh disebabkan oleh beberapa perkara termasuk :
Sukan lasak
Kemalangan kenderaan bermotor
Penderaan
Pergaduhan
Hentaman yang kuat ke bahagian mulut dan gigi
Faktor pendedahan awal ; mereka yang mempunyai gigi kacip yang jongang dan bibir yang tidak kompeten (tidak bersentuhan ketika rehat) lebih terdedah dengan risiko gigi tercabut atau patah.
Jika anda atau anak anda mengalami situasi gigi tercabut , anda tidak perlu cemas dan panik. Ikuti langkah-langkah dibawah sebelum hadir ke klinik gigi berdekatan ( langkah di bawah hanya boleh diguna pakai untuk gigi kekal sahaja). Ini kerana gigi kekal boleh ditanam semula jika ianya masih tidak rosak lagi.
1.Elakkan dari panik
Anda perlulah bertenang dan sentiasa tahu apa yang perlu dibuat jika anda menghadapi masalah ini.
Simpan gigi yang tercabut
2.Cari gigi yang tercabut tadi dan pegang ia dibahagian kepala gigi(crown). Elakkan daripada memegang bahagian akar supaya ia tidak tercemar.
3. Basuh air di bawah air paip
Jika gigi tersebut kotor, (disebabkan jatuh atas pasir atau tanah), basuh gigi tersebut di bawah air paip yang mengalir selama 10 saat.
4. Masukkan semula gigi tersebut ke dalam soket
Jika mampu, cuba untuk masukkan semula gigi tersebut ke dalam soketnya, kemudian gigit kain atau sapu tangan untuk mengelakkan ia bergerak atau jatuh.
5. Simpan dalam tempat yang sesuai
Jika tidak mampu ( disebabkan pendarahan yang banyak atau kesakitan gigi yang melampau ), simpan gigi tersebut dalam sebuah bekas yang mengandungi medium yang sesuai seperti susu , cecair saline atau air liur. Gigi tersebut juga boleh disimpan didalam mulut; di ruang antara gigi geraham dan pipi bahagian dalam. Elakkan menyimpan didalam air paip.
6. Pergi klinik
Segera ke klinik gigi berdekatan untuk dapatkan rawatan selanjutnya.
Untuk sebarang pertanyan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian (Kota Damansara) 016-2166 863 016-2166 864 Mon-Sat 9:00am - 10:00pm Sun - 9:00am -5:00pm (Sentul Raya) Mon-Sat - 9:30am-9:30pm Sun - 9:30am - 2:00pm 016-2166 861 016-2166862