Venir Pergigian
Selamat pagi
Venir pergigian adalah selapisan nipis bahan restorasi yang dilekatkan kepada permukaan hadapan gigi. Ia adalah satu cara yang konservatif untuk memperbaiki, mencantikkan gigi atau melindungi permukaan gigi yang telah rosak. Terdapat dua jenis bahan pergigian yang digunakan untuk membuat venir, iaitu bahan tampalan komposit dan porselin pergigian. Venir komposit dibuat secara terus kepada permukaan gigi di dalam klinik, sementara venir porselin di buat oleh juruteknologi pergigian di makmal pergigian.
Kelebihan venir adalah ia adalah rawatan yang konservatif terhadap tisu pergigian. Hanya pengurangan sebanyak 0.5 mm pada lapisan enamel diperlukan dan prosedur ini kebiasaannya tidak memerlukan sebarang penggunaan ubat bius setempat. Venir porselin diperbuat daripada bahan seramik yang bersifat seperti kaca dan ia kelihatan seakan-akan gigi asli. Setelah dilekatkan pada permukaan gigi, restorasi venir akan kelihatan seperti gigi asli. Pesakit akan dapat memberikan senyuman baru yang cantik dan menarik.
Kekurangan
Gigi yang dipasang dengan venir boleh kelihatan agak besar jika pengurangan lapisan enamel tidak mencukupi semasa penyediaan gigi
Sensitiviti selepas rawatan dan kematian tisu pulpa boleh berlaku jika penyediaan gigi terlalu dalam pada lapisan dentin.
Kelebihan simen atau porselin boleh berlaku jika perapian tidak disempurnakan oleh doktor pergigian
Penstainan pada kawasan gusi boleh berlaku jika venir itu tidak padan dengan baik pada gigi. Ia juga boleh disebabkan oleh kontaminasi air atau darah (jika ada pendarahan gusi)semasa proses penyimenan.
Venir boleh tertanggal jika ia tidak disimenkan dengan betul atau jika venir dipadankan pada lapisan dentin
Harga yang mahal
Untuk sebarang pertanyan/keterangan lebih lanjut dan tetapan temujanji, kami mengalu-alukan puan/tuan untuk terus hubungi kami di talian (Kota Damansara) 016-2166 863 016-2166 864 Mon-Sat 9:00am - 10:00pm Sun - 9:00am -5:00pm (Sentul Raya) Mon-Sat - 9:30am-9:30pm Sun - 9:30am - 2:00pm 016-2166 861 016-2166862
0 People reached 0 Engagements Boost Post
Like Comment Share